Dec 14, 2007
kembali..

salam....kembali berjuang...


Posted at 11:12 pm by sabarafyan
Make a comment  

May 27, 2007
LELAKI ACUAN ALQURAN

LELAKI ACUAN AL-QURAN
SEORANG LELAKI YANG BERIMAN
MEMILIH MUSLIM MUTTAQEEN SEBAGAI JATI DIRI
HATINYA DISALUTI RASA TAQWA KEPADA ALLAH SWT
APABILA DISEBUT ASMA' ALLLAH..
GEMENTAR HATINYA, BERDEBAR JANTUNGNYA
 
LELAKI ACUAN AL-QURAN
SENTIASA HAUS DENGAN ILMU
SOLATNYA ADALAH MARUAH DIRINYA
TIDAK PERNAH GENTAR UNTUK BERKATA BENAR
TIDAK PERNAH LESU UNTUK MELAWAN NAFSU
 
LELAKI ACUAN AL-QURAN
TUTUR KATANYA AMAT DIJAGA
TIDAK PERNAH BERMEGAH DENGAN ILMUNYA
TIDAK PERNAH BERMEGAH DENGAN HARTA DUNIA YANG MENIPU
SENTIASA BERBUAT KEBAIKAN KERANA SIFAT PELINDUNGNYA
MEMPUNYAI RAMAI KAWAN
NAMUN TIDAK MEMPUNYAI MUSUH
 
LELAKI ACUAN AL-QURAN
LELAKI YANG MENGHORMATI IBU BAPANYA
BAKTI DIHULURKAN BUAT AYAHBONDA DAN KELUARGA
DIA BAKAL MENJAGA KEHARMONIAN RUMAHTANGGANYA
KELAK MEMBERIKAN BIMBINGAN DUNIA DAN AKHIRAT
BUAT ZAUJAH JUA PERMATA HATINYA
WASATIAH AMALAN HIDUPNYA
PENDORONG MENUJU BAITI JANNATI
KERANA DUNIA BAGINYA HANYALAH
LADANG MENUJU AKHIRAT
JUA RUMAH SEMENTARA SAHAJA
MENUNGGU YANG NYATA DI AKHIRAT SANA
 
LELAKI ACUAN AL-QURAN
SENTIASA BERSEDIA UNTUK AD-DEENNYA
HIDUPNYA DISINARI CAHAYA NAUNGAN AL-QURANUL KARIM
SIFAT RASULULLAH KETAATAN DIRINYA
BICARANYA ADALAH AMALANNYA
GERAK LAKUNYA ADALAH ILMUNYA
 
LELAKI ACUAN AL-QURAN
PABILA MENGHADAP WAJAHNYA KEPADA YANG MENCIPTA
BERDIRINYA PENUH TERTIB
RUKUKNYA PENUH TAWADHU'
SUJUDNYA PENUH KUSYUK
DUDUKNYA PENUH TASYAHHUD
DOANYA PENUH MALU
"YA ALLAH, ANDAINYA KEJAHATAN TAK KU LAKUKAN KERANA TAKUT AKAN NERAKA-MU,
MAKA KAU CAMPAKKANLAH AKU KEDALAMNYA,ANDAINYA AKU MENGHARAPKAN SYURGA-MU
KERANA PAHALA YG KAU JANJIKAN,MAKA KAU HARAMKANLAH KAKIKU MENJEJAK SYURGA
DAMBAANKU ITU,TETAPI JIKA HIDUPKU MATIKU KERANA MENGHARAPKAN REDHA-MU YA RABB,
MAKA JANGANLAH KAU MALAPKAN HATI INI KERANA HATI INI TELAH BERLABUH UNTUK
SENTIASA TAAT DAN DEKAT DENGANMU,WAHAI RABBUL 'IZZATI.."
 
LELAKI ACUAN AL-QURAN
BASAH MATANYA KERNA RINDU-NYA PADA YANG KHALIQ
BASAH LIDAHNYA KERANA SELALU MENYEBUT ASMA' TUHANNYA
GEMAR TELINGANYA MENDENGAR ALUNAN ZIKIR MUNAJAT
TANGKAS LANGKAH KAKINYA BERJEMAAH DI RUMAH ALLAH
 
LELAKI ACUAN AL-QURAN
KELUAR DIJALAN ALLAH SETINGGI CITA-CITANYA 
TEGAKNYA MEMASAKKAN KALIMAH ALLAH DI PELUSUK DUNIA
KEWAJIPAN SEORANG DA'E BAGAI DIRINYA
HATINYA BAGAIKAN TAHU
BAHAWA MASIH RAMAI YANG CUKUP DAHAGAKAN
SUATU GEMERLAPAN CAHAYA ISLAM YG MAHA INDAH
MEDAN PERJUANGAN SYAHID IMPIANNYA
HAYYA 'ALAL JIHAAD!!
MENYERU PARA MUJAHIDDEEN
DIALAH KUBU PERTAHANAN ISLAM
TEGAS DENGAN KAFIR LAKNATULLAH
TAKKAN MUDAH ISLAM TUNDUK PADA KUASA KUFFAR
 
DIALAH LELAKI ACUAN AL-QURAN
DIA LAYAK BUAT
WANITA ACUAN AL-QURAN JUA..
KERANA
ANDAI DIRI MENGHARAP TEMAN SEZUHUD ALI KARRAMALLAHU WAJHAH
HIASILAH DIRI UMPAMA PEMURAHNYA FATIMAH AZ-ZAHRA
USAH DIDAMBA TEMAN SESABAR NABI ALLAH IBRAHIM AS
ANDAI DIRI TIDAK SETABAH SITI HAJAR
MENGAPA MENGHARAP TEMAN SEHEBAT KEKASIH ALLAH,MUHAMMAD SAW
ANDAI DIRI TIDAK SESETIA KHADIJAH AL-KHUWAILID.

by Limau Kasturi

Posted at 07:49 pm by sabarafyan
Make a comment  

Apr 9, 2007
"Maafkan Daku"

"Maafkan Daku"
Thursday, March 29, 2007
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah
menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya
pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok bat tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya
mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati
adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding
hati anda..
 

Posted at 09:19 pm by sabarafyan
Comment (1)  

Jan 30, 2007
sekadar renungan

KALAU DATANG PADAKU KRN MENCARI KETAMPANAN....AKU TIADA KETAMPANAN YANG DAPAT MEMUASKAN PANDANGAN MATAMU ITU.......

KALAU DTG PADAKU KRN INGIN MENDIDIKKU DGN ILMU...AKU AMAT MENCARI YANG ITU...AKU AMAT MENGHARGAI DAN AKU AKN SENTIASA MEMIKIRKN ILMU YG DIKAU TITIPKN BUATKU...

KALAU DTG PADAKU KRN MENCARI ILMU AGAMA DAN ILMU KEHIDUPAN...KITA BOLEH MENCARI BERSAMA...

KALAU DATANG PADAKU KRN INGIN MEMBERI CINTA DAN KASIH SAYANG JUJUR SERTA MEMBERI KETENANGAN PADAKU DAN MAMPU UTK SETIA...AKU JUA REDHA MEMBERIMU KASIH SAYANG YANG MANA AKU JUA JUJUR DAN SETIA..NAMUN JGN ENGKAU MENDAHULUKN AKU DARIPADA ALLAH,RASULULLAH SERTA KELUARGAMU..KERANA AKU XRELA MENDAHULUI MEREKA SEMUA.....

KALAU DTG PADAKU KRN SEKADAR UTK MENGISI MASA LUANGMU,LUPAKNLAH AKU...KRN ALLAH MEMPUNYAI BYK MASA UTKMU...XRELA DIRIKU MENDAHULUI ALLAH YG MAHA ESA....

KALAU DTG PADAKU MENCARI RINDU...LUPAKNLH AKU....TITIPKNLAH RINDUMU PADA RASULULLAH....

Posted at 09:51 pm by sabarafyan
Make a comment  

Jan 11, 2007
AZAM BARU

Assalamualaikum.w.b.t.

Sempena tahun baru ,tahun masehi dan tahun hijrah...azam baru pasti berlaku...ya..tekad dan usaha dilipatgandakan...masuk sem ni aku memasuki semester 3...jalan aku semakin banyak cabaran yang perlu ditempuh...sebagai pelajar seni halus aku perlu melakukan banyak pengorbanan ari segi jiwa dan raga,tenaga ,masa dan wang ringgit...

      Semester lepas mengajar aku erti sebenar kehidupan sebagai pelajar senihalus yang perlu memerlukan kekuatan mental,fizikal dan spiritual.Jadi aku berazam untuk meneruskan perjuangan seni walau apa jua rintangan yang menghalang..semoga mencapai kejayaan...ameen..

 


Posted at 12:14 am by sabarafyan
Make a comment  

Dec 29, 2006
banjir......

anggaplah segala kejadian banjir yang teruk melanda sejkarang ni sebagai ujian dri ALLAH......

ana jd sebahagian mangsa banjir....

pengalaman....


Posted at 07:22 pm by sabarafyan
Make a comment  

Oct 3, 2006
Salam Ramadhan

Assalammualaikum.w.b.t..salam ramadhan al mubarak diucapkan pada semua sahabat.semoga ibadah kita diterima Allah...

Posted at 08:54 pm by sabarafyan
Make a comment  

Apr 5, 2006
Propaganda Yahudi Mengenai Masjid Al-Aqsa

Propaganda Yahudi Mengenai Masjidil Aqsa

| Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock |

| Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa |

Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock

   Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

   Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

   Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam

Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa

   Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:

   Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

   Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai

Lain-lain gambar berkaitan:
Klik pada gambar untuk saiz lebih besar
Klik pada gambar untuk saiz lebih besar
Klik pada gambar untuk saiz lebih besar



Posted at 01:36 am by sabarafyan
Make a comment  

Masjid yang masih kukuh


Gambar masjid yang masih kukuh
Antara gambar masjid yang masih kukuh selepas tsunami walaupun setikanya telah musnah... Allahu Akbar..!!!

Posted at 01:28 am by sabarafyan
Make a comment  

jangan kecewakan kekeasihmu

jantungku berdebar tak kala bertemu,
jiwaku terhenti bekerja tak kala namanya disebut,
ingatan ligat mencari alasan bile keburukannya diperdengarkan orang,

.................................................................................

mata semakin hari semakin ligat mencari ,
mane ih.............?
tak mengapa...
kata diri kepada diri,
tak jumpe !!

biarlah... nampak bayang pun jadilah!
tak nampak !!

biarler... dengar suaranya pon takpe...
tak dengar !!

tak mengapa, dengar cerita tentangnye dah cukup..

..................................................................................

mule2 (baik skit)
ya Allah, peliharalah aku dan dia,
hatiku dan hatinya,
jodohkanlah kami,
satukan kami,
biarlah dia tercipta untukku
dan aku tercipta untuknya
amin.


..................................................................................

kemudian.....

suara halus mula berbisik ..
tonjolkanlah dirimu padanya,
ambil beratlah akan dirinya,
buatlah sesuatu ,
agar die mengerti kamu sukakannya!

hati berkata:


tidak!
tak mungkin itu berlaku!
aku tidak akan mencemarkan ape yang aku jaga!

tidak! aku tahu itu bisikan syaitan!
ya Allah,sucikan hati ini!

..................................................................................

bisikan itu kembali...

kamu sayang padanya?
kamu suka padanya?
kamu ingin dirimu jadi miliknya?
kamu ingin dirinya jadi milikmu?

alah... rendahkan dulu egomu,
cuba la dulu...
tarik skit je perhatian die,
bile kamu berdua dah bersatu hati..
cukup laa...

..................................................................................

hati berkata:

tidak!
tidak!

 

aku tahu ini helahmu iblis!
lepas cakap kamu tentu akan hasut ku dan die kepada yang lebih mungkar!

aa.... jangan ganggu aku lagi!! Paham??!!


..................................................................................

hasutan semakin rancak....

okey..,
tapi takkah kamu kesian tengok die,
aku tahu die suka gak kat kamu,
tapi takut nak cakap cam kamu,
takut kamu reject die..,
kamu tak tahu hatinya merana!
kesian die...
mandi tak kering,
makan tak lapar..,
kamu kan kuat,
die pun kuat,
cakap sekali je..
pastu kamu jaga ler...,

camne nak bersatu klu dua2 tak luahkan,

..................................pikir2......................................

hati mula goyah,
akal mula mencari alasan untuk direkemankan,
mulalah tugas mulut...
tanye2..tanye2..dan tanye2 lagi pada sahabat handai...........
cite pasal die, kluarge dan......
dikorek hingga kerak pun takde!


..................................................................................

bisikan kembali..

hei!
kamu ni... brape lame nak pikir?
tak tahu ker.. lagu tu:
''jangan tunggu lama2,
nanti lama2, diambil orang!''

aku dengar ramai yang minat kat die!

handphone kat sbelah je.. sms la.. bagi tazkirah, kongsi ilmu... amal jariah ni... 

kalau malu, missed call jer...

takpun, hint la melalui e-mail, atau friendster, atau MySpace, atau Hi5... kat situ, ramai orang... bukannye berdua-duaan...

ala... klu tak nak bagi hint sendiri,
kawan kamu kan ramai,
suruh ler diorang jual skit cite kamu kat die..

cepat aa...

rugi nih!
 
nanti nak buat benda lain lak...
susah tau nak cari sebaik dan sehebat die!

...nanti nyesal karang....
gi ler...

takde orang lain tahu,
cume aku, kamu , & dia..

klu kamu bagitau die aa...

dan.....
dan...

Khaliq kita..

ah! lepas buat minta ampun aa..
Dia kan Maha Penyayang dan Maha Pengampun,

.....tak pe aa....
gi ler..
jap je!

..................................................................................

ape kata hati agaknya?

..................................................................................

nak buat atau tidak?

..................................................................................

tak tau ler.......
tanya hati kita....
sendiri tau aa....

..................................................................................

pesanan ana,katakanlah pada hati kita,
jangan buat ape yang boleh buat yang
menyayangi kita terluka...

agaknye siapa yang paling sayang kat kite??
tentulah yang itu paling kita jagakan..
jangan bagi Dia terluka,
jangan bagi kekasihnya sedih
kerana telah banyak yang Dia
berikan !!!


Posted at 01:17 am by sabarafyan
Make a comment  


Next Page

   


AKU BERLINDUNG DENGAN ALLAH DARI SYAITAN YANG DIREJAM. DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN PENTADBIR SELURUH ALAM.MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN.HANYA KEPADA ENGKAULAH KAMI MENYEMBAH DAN HANYA KEPADA ENGKAULAH KAMI MOHON PERTOLONGAN.TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS.IAITU JALAN ORANG YANG KAU BERI NIKMAT KEPADA MEREKA,BUKAN JALAN MEREKA YANG DIMURKAI DAN BUKAN PULA JALAN MEREKA YANG SESAT. (AL FATIHAH 1:1-7)
YA ALLAH.....TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS... KAMI MERAYU DAN MEMOHON PADAMU YA ALLAH..KAMI HANYA INSAN YANG LEMAH DAN HANYA MAMPU BERSERAH..
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang -orang yang berakal,(yaitu)orang-orang yang mengingat ALLAH sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata):"ya TUHAN kami, tiadalah ENGKAU menciptakan ini dengan sia-sia .Maha Suci Engkau ,maka peliharalah kami dari siksaan api neraka." ( Surah Ali Imran ,3:190-191 )
Demi masa.Sesungguhnya manusia kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." ( Surah Al 'Ashr,103:1-3)
ISLAM IS THE WAY OF LIFE

PROFIL

NAMA:SABARIAH OMAR. NAMA SAMARAN:SABAR. NAMA PENA:SABAR AFYAN@UMMIE HUMAIRA@SOBA_NURSALAM84. TARIKH LAHIR:12 MEI 1984. TEMPAT LAHIR:HOSPITAL BATU PAHAT,JOHOR. ALAMAT:KG PT ABBAS,MK 7,83740,YONG PENG,BATU PAHAT,JOHOR.

PENDIDIKAN- 1990-TADIKA PT.AWANG 1991-1994-SK BUKIT RAHMAT 1995-1996-SK SERI PASIR PUTEH 1997-1999-SMK DATO' SETH 2000-2001-SM TEKNIK SEGAMAT 2002-2003-SMK DATO' SETH 2005-SEKARANG-UiTM MELAKA (DIPLOMA SENI LUKIS DAN SENI REKA)

HOBI -MELUKIS -MEMBACA -MENULIS -MENCARI ILHAM..TERMENUNG SAMBIL BERFIKIR -CAMPING -BERSUKAN -MENGUMPUL SESUATU YANG UNIK (SETEM,SYILING LAMA,ANAK PATUNG KECIL..DLL) -BUAT LAWAK DAN MENYAKAT ORANG -MUZIK(MENYANYI..NASYID)

WARNA -BIRU -UNGGU -PINK -KUNING -PUTIH -HITAM

BINATANG -KUCING -ARNAB -BERUK (MAIKEL)

PENGALAMAN -BANYAK MENYERTAI PERTANDINGAN MELUKIS -MENYERTAI SUKAN HOKI SELAMA 6 TAHUN. -FASILITATOR DLM KEM MOTIVASI YANG DIANJURKN OLEH KERSANI TRAINING CENTRE. -MERUPAKAN AHLI BELIA RAKAN MUDA BATU PAHAT,JOHOR. -KARTUNIS DAN PELUKIS BEBAS

MOTTO -HIDUP DAN MATI HANYA UNTUK ALLAH

Hidup ini umpama sebuah bahtera.Jadikan TAQWA sebagai kapal.IMAN sebagai muatannya.dan TAWAKAL kepada Allah sebagai kain layarnya.-LUQMAN AL HAKIM
CINTA ALLAH CINTA RASUL CINTA IBU BAPA CINTA UMMAH CINTA KECEMERLANGAN

HIDUP INI PERLU DINAMIK..PERLU ADA PERUBAHAN.KITA TAK BOLEH STATIK...MESTI BERGERAK .UNTUK MENCAPAI SESUATU KITA PERLU BERUSAHA.ITULAH YANG DINAMAKAN DINAMIKA KEHIDUPAN. HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI. ITULAH ANG DIKATAKAN GENERASI CEMERLANG ,GEMILANG DAN TERBILANG!
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed